Saturday, February 3, 2007

Bagus ni..

Dr Jamnul Azhar memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan

sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak "Dalam diri-diri kamu

ada kebesaran Tuhan". Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan dan

perhatikan garis-garis di tapak tangan kita. Garisan-garisan di tangan

kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8

dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu bilangan nama Allah. Berikut

adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan? Mengikut cara

Rasulullah s.a.w, beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan

kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil

sedikit garam menggunakan jari kecilnya (kelingking), lalu Rasullah saw akan

menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya.

Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim,

tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah

kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong

proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.

Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg

diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama

dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan

yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.

Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah

penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr,

dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah

dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang

sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan mengunyah sebanyak

40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita

senang memproseskan makanan itu.

3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah

sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada

membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria

dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.

Cara Rasulullah minum.

Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang

menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan

bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar,

lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan

bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita

hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila

bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka,

menyebabkan minuman itu menjadi acidic.

Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas.

Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis. Mengapa

Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan

merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina?

Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg

dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang,

berdekatan dengan sum-sum tulang manusia.

Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel

ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit

sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan

hilang kerana perhubungan suami isteri. Jadi apabila lelaki yang belum

berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah

kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan

itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan

virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan

virus HIV itu. Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin,walaupun disebat 100

kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi dengan itu

hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV

itu.

Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar.

Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit informasi

yang diberikan oleh Mudaris (guru) ana, Mudaris Iskandar mengenai Ka'bah.

Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi

(cube). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh

para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya

Ka'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi. Mengapa ia empat

persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama,

equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan,

seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak

yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam

besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi'i, melambangkan kebenaran

keempat-empat Imam tersebut.

Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah Jazakallah

TOLONG SEBARKAN DAN JADIKAN AMALAN BERGUNA.... BAGUS NI...

No comments: