Friday, February 9, 2007

Rahsia bentuk gigi

Gigi jarang dan kecil saiznya.
Suka menilai diri orang lain dan pasti ada saja yang tidak kena pada orang
yang dinilainya. Walaupun dia suka menilai oranglain, dia tidak suka jika
oranglain menilai atau mengkritik dirinya. Bila berhujah dan bertengkar,
dia sukar mengaku kalah walaupun dia memang salah.

Gigi bersaiz sederhana dan elok tersusun.
Baik hati dan suka menolong sesiapa yang minta bantuan. Dia mahu orang lain
merasa gembira dan bahagia. Sesiapa yang mempunyai kawan atau kekasih
seperti ini akan merasa beruntung.

Gigi besar dan jarang-jarang. Bersifat iri hati melihat kejayaan orang lain
dan mungkin menyimpan perasaan dengki. Dia mungkin keras kepala dan merajuk
jika kemahuannya tidak dituruti. Namun begitu, semangatnya kental dan dia
sanggup lakukan apa saja bagi mempastikan dia memperolehi apa yang
diinginkannya. Sesiapa yang berkawan atau berkasih dengannya harus banyak
bersabar dengan kerenahnya.

Gigi jongang dan bersaiz kecil. Dia boleh bertolak ansur dengan orang lain.
Walaupun agak keras kepala, tapi keras kepalanya itu bertempat dan masih
boleh dibawa berunding.

Gigi jongang dan bersaiz besar.
Perlu banyak bersabar kalau punya teman atau kekasih sepertinya. Mulutnya
sedikit celupar, mudah mengeluh, seakan-akan tidak pernah puashati dengan
apa yang dimilikinya. Namun begitu, sikap inilah yang mendorongnya agar
berusaha menjadi orang yang berjaya, menyebabkan dia menjadi aktif dan
rajin.

Gigi tidak tersusun.
Walaupun giginya dianggap kurang cantik tapi budi pekertinya baik. Dia
adalah teman bicara yang amat memahami, tempat meluahkan hati, sentiasa
mendengar dan memberi nasihat serta pandai membahagiakan oranglain. Dia
berpengetahuan luas. Tapi sikapnya agak kebudak-budakan dan kadangkala
merimaskan.

Gigi seolah-olah masuk ke dalam. Dia seorang yang agak pemalu dan suka
menyembunyikan sikap sebenar dirinya. Agak pasif, pendiam dan tidak begitu
pandai bergaul. Dia pandai menyimpan rahsia dan hanya akan menceritakannya
kepada orang yang benar-benar dipercayai.

Gigi kecil dan tersusun. Selalunya pemilik gigi ini berwajah keanakan
(cute). Suka menolong orang dan cakapnya boleh dipercayai. Dia adalah
seorang kekasih yang hebat

So Please Keep Smilling Always!

Ricky Wan Says....

Macam mana rupa bentuk gigi anda..???

No comments: