Friday, February 9, 2007

Salam terakhir di tahun 2006....

Salam untuk semua...
Rasanya tahun ni banyak juga Azam yang dapat ditunaikan untuk azam tahun lepas..
antaranya, untuk memiliki blog sendiri..

  • Zam Phg
    Antara org yang sudi mengajar Rick untuk berblog ialah my sifu Niezam Phg :-
    kerana abg zam la yang banyak memberikan tunjuk ajar kepada rick...

    Pastu dapat pulak sorang kakak yang terlalu extreme dengan kehidupannya, termasuklah bersukan, fear factor...dia ni memang lasak wa cakap lu beb...tengok entry blog dia, kita da tau dia memang seorang yang sangat lasak...kakak yang dimaksukan ialah kak red kita:- Redmummy, Rick memang slute dia...power la kak...teruskan perjuangan mu...

    Tak lupa juga pada abg OKU kita, yang mempunyai satu semangat yang jitu, masih mampu tersenyum walaupun dalam kesakitan...abg Kassim:-
  • Kasim Selamat
  • Teruskan kehidupan mu, kami sentiasa mendoakan agar abg kassim sentiasa sihat dan dpt berblog untuk kami...

    Dan semua sahabat2 blog yang lain..yang tidak disebut namanya .anda semua memang best dan banyak menyokong Rick..
    walaupun baru 3 bulan Rick berblog, rasanya memang best, banyak juga kenangan...teruslah melawat blog Rick...kerana you all are my friends.....

    Azam yang dapat ditunaikan ialah...
    Rick dapat menbeli rumah sendiri, rumah kos sederhana yang berharga Rm 90 ribu yang mampu dibeli oleh Rick, kira bersyukurlah dapat tempat bertedur...

    kereta...Rick membeli sebuah kereta Evo buatan malaysia...Waja ler.....Rick suka kereta ni sebab boleh convert ke evo....cuma perlukan masa dan duit je...heheee

    dan peralatan rumah...
    Rick dpt membeli, sofa, home theater, LCD player, mesin basuh, peti ais...kira dah lengkap la...
    cuma belum ada orang rumah jer....hehee

    Azam tahun 2006 yang masih belum ditunaikan ialah untuk mendirikan rumahtangga, belum cukup duit..mcm mana nak tanggung anak orang betul tak?? heheee...sekarang ni tengah kumpul la...so delay la tahun depan pulak..

    Tahun ni juga, banyak memberi Rick pengajaran tentang menginsafi erti kehidupan ini. Manusia mudah alpa apa yang mereka kecapi...dalam kehidupan, Tahun ni juga kesabaran mula teruji, dengan Banjir yang menimpa Melaka negeri ku, banyak harta benda yang musnah, nasib baik la tidak ada kemalangan jiwa yang berlaku...

    Rumah Rick kira tak la terlalu teruk cuma, karpet dan sofa jer yang basah....cuma hantar ke kedai untuk rework jer...ada lah sikit bantuan dr kerajaan negeri...dan dr company Rick berkerja....so dpt la beli sedikit barangan yang rosak..

    Azam tahun ni Rick nak buka Bisness sendiri....nak buka cyber cafe sendiri...banyak juga modal..tapi maybe....kalau ada rezeki mungkin akan menjadi kenyataan...tggu berita baik nie....
    Banyak juga Azam tahun baru ni..tapi biarlah ia rahsia dulu...kalau ada apa2 berita baik..Rick akan beritahu anda semua...so teruskan lah melawat blog Rick ni ye....

    Rick juga ingin mengucapkan " Selamat Hari Raya Aidiladha" kepada anda semua yang beragama Islam....semoga anda semua dilindungi tuhan dan sihat sentiasa.....

    Salam sayang dari Rick untuk semua.....Adios...

    No comments: